Saturday, April 01, 2006

9th M'sia Plan - Ministries Allocation

Any idea what the PM's Dept is in charge of to land themselves with the largest allocation under the 9M'sia Plan?

We know that there are a few ministers in JPM in charge of a few portfolios like law (radzi sheikh ahmad) , national unity (bernard dompok), parliament (nazri aziz), economic planning (effendi nawawi) etc. But even if we combined all their portfolios, the amount couldn't be bigger than defense or education to warrant that amount of allocation!

Kementerian Kerja Raya I know is in charge of building roads, highways etc. Ministry of Defense in charge of buying defense equipment etc. Ministry of Education in charge of building schools etc. What about the PM's Dept? Any idea anyone?

Btw what happen to Ministry of Finance? No allocation?

JPM terima peruntukan terbesar RM26.5b


KUALA LUMPUR 31 Mac - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima peruntukan pembangunan dan perbelanjaan terbesar berjumlah RM26.5 bilion atau 13.2 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) .

Kementerian Kerja Raya pula menjadi kementerian kedua menerima peruntukan terbesar iaitu RM18.6 bilion tetapi merosot berbanding peruntukan RM19.3 bilion dalam RMK-8.

Lapan kementerian lain turut menyaksikan penyusutan jumlah peruntukan termasuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, masing-masing mendapat RM14.5 bilion dan RM16.9 bilion.

Pada RMK-8, jumlah perbelanjaan Kementerian Pertahanan ialah RM18.6 bilion dan Kementerian Pelajaran RM24.1 bilion.

Dalam pembentangan RMK-9, sebanyak 19 kementerian lain mendapat pertambahan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (RM16.1 bilion) berbanding perbelanjaan sebanyak RM13.5 bilion pada RMK-8.

Kementerian-kementerian lain ialah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (RM5 bilion), Kementerian Belia dan Sukan (RM2.2 bilion), Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (RM598 juta), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( RM8.9 bilion), Kementerian Kesihatan (RM8.9 bilion) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (RM552 juta).

Kementerian Pelancongan (RM1.4 bilion), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (RM7.1 bilion), Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (RM12.1 bilion), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (RM5.7 bilion), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (RM65 juta) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( RM2.3 bilion)

Peruntukan pembangunan dan perbelanjaan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga meningkat (RM6.8 bilion), Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (RM10.9 bilion), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM6.9 bilion), Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (RM791 juta), Kementerian Luar Negeri (RM753 juta) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (RM263 juta).

Sektor ekonomi pula memperoleh peruntukan terbesar Kerajaan Persekutuan mengikut sektor iaitu RM89.9 bilion.

Di bawah sektor itu, pengangkutan mendapat RM31.8 bilion, Kemudahan Awam dan Tenaga (RM21.8 bilion) serta Perdagangan dan Perindustrian (RM19.8 bilion).

Sektor sosial pula mendapat RM74.9 bilion dengan pendidikan dan latihan menerima peruntukan RM41.1 bilion dan diikuti kesihatan RM10.7 bilion.

Peruntukan bagi sektor keselamatan pula ialah RM21.2 bilion, merosot berbanding RM22 bilion perbelanjaan sepanjang tempoh RMK-8 dan sektor pentadbiran am (RM13.9 bilion).

1 comment:

Anonymous said...

aiseh rais............what can we do.......they who make the plan, dari dulu sampai sekarang the same what..... kita tengok je la..... if we wanna change, then we better married to any of the senior ministers daughter, cam KJ, then masuk politics, then only change it from inside....... cheers brother....